Tersentuh hati mengenangkan kembali pengorbanan Memey Suhaiza dan juga Abby Abadi yang memberi kesan kepada perjalanan hidupnya, pelakon Norman Hakim berkongsi perasaan terharunya itu di laman Instagram. Malah ucapannya itu turut menyentuh hati peminat yang mengikutinya di laman sosial tersebut.


“Saya nak ucap terima kasih kepada bidadari-bidadari kepada anak anak saya ni. Bila saya ada kesempatan (tengah relax kat Kuantan ni) utk renung sejenak perjalanan hidup saya, saya sedar tanpa korang saya takkan mampu untuk urus hidup terutama nak membesar, bagi perhatian, kasih sayang & bagi segalanya yg terbaik pada amanah Allah ni”

“Ye saya ada Allah yg saya selalu bergantung harap siang & malam untuk bantu saya. Tapi saya takkan mampu buat semuanya tanpa korang. Ini susun atur Allah. Korang memang hebat & sangat dahsyat dalam urusan anak anak,” kongsinya di Instagram.

Selain itu, Norman juga mengakui bukan mudah untuk menguruskan keluarga tersebut yang dianggap sebagai kerajaan kecil namun dengan sokongan dan juga niat yang betul, urusan mereka banyak dipermundahkan.

“Saya harap biar saya pergi dulu kat dunia ni (bila dah cukup segala peninggalan) sebab kalau korang pergi dulu, masak saya nak urus segalanya sensorang. Ini bukan cerita sedih, tapi kenyataan yang bakal semua orang lalui,” jelas Norman lagi. (rtky/s)




UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFO DAN BERITA TERKINI SILA LIKE PAGE RASMI KAMI..






loading...

0 comments Blogger 0 Facebook

Post a Comment

 
INFORMASI TERKINI © 2013. All Rights Reserved. Share on Themes24x7. Powered by Blogger
Top