Apakah hukum seseorang wanita menggunakan 'IUCD' (sejenis alat yang dimasukkan ke dalam sistem peranakan wanita bagi mencegah kehamilan) diatas sebab-sebab kesihatan yang memerlukan jarak kehamilan dilakukan dan apabila wanita itu meninggal dunia. Adakah alat tersebut wajib dikeluarkan dari tubuh badan beliau?

IUCD, hukum IUCD, hukum mencegah kehamilan, cegah hamil, hukum cegah hamil, hukum sekat kehamilan, hukum pakai IUCD
Jawapan: 
Pemandulan ialah satu cara untuk mencegah kehamilan kepada perempuan selama-lamanya atau sementara waktu. Jika untuk selama-lamanya tidak ada perselisihan di kalangan ulamak dari segi pengharmannya, kerana ia menghapuskan keturunan yang diperintahkan oleh syarak menjaganya ataupun memperbanyakkannya. 
 Menurut Ibnu Hajar, "haram menggunakan sesuatu yang boleh menghapuskan kandungan selama-lamanya sebagaimana yang ditegaskan oleh kebanyakan ulamak, inilah yang zahirnya". 
Pemandulan selama-lamanya berlaku dengan cara memotong saluran mani dan mengikatnya bagi lelaki dan dengan cara membuang saluran telur dan rahim atau memotong dua saluran falopian dan mengikatnya bagi perempuan. 
Sedangkan pemandulan sementara pula hukumnya adalah harus atau boleh kerana dikiaskan dengan 'azal (maksudnya suami memancarkan maninya di luar rahim isterinya untuk mengelakkan dari mengandung). 
Al Bujairimi menjelaskan "Adapun melambatkan atau menjarakkan kehamilan buat sementara waktu dengan tidak menghentikannya sama sekali maka hukumnya tidaklah haram, menurut pendapat yang zahir, malah jika dengan sebab sesuatu keuzuran seperti faktor kesihata, untuk mendidik anak tidaklah makruh hukumnya melewatkan masa mengandung. 

cegah kehamilan, cara cecah kehamilan, hukum melambatkan kehamilan, hukum cegah hamil

Jika tidak ada alasan yang kuat maka hukumnya makruh". Jadi jika usaha yang anda lakukan untuk menjarakkan kelahiran anak hanya bersifat sementara waktu dan dilakukan dengan sebab-sebab keuzuran atau faktir kesihatan dan lain-lain yang dapat dierima dari segi syarak, maka dibolehkan menjarakkan kehamilan. Seandainya dalam masa memakai alat menjarangkan kehamilan itu wanita tersebut meninggal dunia, maka tidak perlulah menyakiti si mayat dengan bersusah payah mengeluarkan sesuatu yang hukumnya harus atau boleh. 

Dengan memegang syarat bahawa tujuan pemasangan alat tersebut hanya bersifat sementara bukan sebaliknya dengan tujuan untuk selama-lamanya yang menyebabkan pemakaian alat tersebut menjadi haram. Wallahu A'lam.




UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFO DAN BERITA TERKINI SILA LIKE PAGE RASMI KAMI..






loading...

0 comments Blogger 0 Facebook

Post a Comment

 
INFORMASI TERKINI © 2013. All Rights Reserved. Share on Themes24x7. Powered by Blogger
Top